HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan World Hijab Day (WHD) di negara itu sangat mengecewakan kerana ia satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung sekaligus mengekang usaha menyebarkan pemahaman agama di dalam komuniti negara itu yang pelbagai.
"Tujuan WHD hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014.
"WHD merupakan satu kempen kesedaran antarabangsa yang telah dijalankan di serata dunia dan diterima oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Perancis dan Australia," ujar Nik Nazmi.
Kempen WHD, jelas beliau mempunyai duta di lebih 100 negara dan telah mendapat sokongan kuat daripada orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan pemahaman agama dan penghapusan diskriminasi terhadap wanita bertudung.
Malaysia, tambahnyasangat aktif dalam membantu usaha ini kerana terdapat peserta orang Islam dan bukan Islam yang memakai tudung telah berkumpul di beberapa kompleks beli-belah.
Bagaimanapun dengan ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura kumpulan penyokong WHD di negara tersebut telah dibubarkan, kesal Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan