SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyenaraikan dengan terperinci jenis perbelanjaan anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK DUN Kajang.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK Dun Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.
“Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian.
“Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur?,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan media.
Katanya, SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR didakwa hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.
“SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan,” katanya.
PRK DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala manakala penamaan calon pada 11 Mac.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan