Selasa, 18 Februari 2014

PRK Kajang: Sesiapa Pun Boleh Bertanding - Anwar




Anwar Ibrahim. Foto GLENN GUAN / THE STAR



KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan Datuk Zaid Ibrahim yang dahulunya pernah menganggotai PKR, untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

"Ini adalah sebuah negara demokrasi , sesiapa sahaja boleh bertanding, lagi ramai lagi meriah," kata Anwar kepada para pemberita selepas menghadiri perayaan Tahun Baru Cina anjuran sayap Wanita DAP di Sungai Chua di sini malam Isnin.

Zaid, seorang bekas pemimpin PKR yang membantu menggubal Rangka Kerja Dasar Bersama Pakatan Rakyat, mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil itu.

Zaid berkata, keputusannya untuk menentang Anwar bertujuan untuk mempertahankan "politik berprinsip" dan mandat yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pentadbirannya.

Zaid menyertai calon bebas yang lain seperti penyanyi dangdut 1980-an, Herman Tino, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S.Nallakaruppan dan bekas pembantu peguam bela, Yuktes Vijay.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac dan hari mengundi adalah 23 Mac.

Tiada ulasan: