Jumaat, 14 Februari 2014

Paksa Guru Kafa Masuk Umno Satu Khianat- Tok Guru Nik Aziz

BULETIN ONLINE


KOTA BAHARU – Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memaksa guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengisi borang parti Umno sebagai satu kesalahan dan pengkianatan.

Katanya, beliau telah telah dihubungi dan menerima aduan dari seorang ibu kepada guru Kafa berkenaan baru-baru ini.

“Minggu lepas saya dihubungi salah seorang ibu kepada guru KAFA yang mengadu dan mohon pandangan saya, mengenai kes anaknya. Anaknya telah membuat rayuan dan rayuan pertama ditolak.

TG Nik Aziz1“Setelah membuat rayuan kali kedua, pihak KAFA menyuruh guru terbabit mengisi borang keahlian umno jika mahu diterima semula.” ujarnya.

Beliau kesal dan menegaskan, Umno tidak boleh memaksa guru-guru Kafa tersebut kerana imbuhan yang diberikan kepada guru Kafa bukan dari duit Umno.

” Saya kata kepada ibu guru itu, jika wang umno digunakan untuk membayar gaji guru KAFA tak apalah, ini duit kerajaan digunakan. Jika duit umno tak pelah untuk jika mereka mengupah orang umno saja, ini duit kerajaan, jika betul berlaku sedemikian ini satu kianat, sebab orang Pas juga membayar cukai” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, pada Rabu 12 Februari.

Pada bulan Januari lalu, seramai 300 orang gur Kafa di negeri Terengganu telah ditamatkan kontrak dan dipecat kecuali mereka mendapat sokongan dari Jawatankuaa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga merupakan pemimpin Umno.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah mengkritik dasar itu dan mengingatkan para pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) jangan bersekongkol dengan pemimpin Umno dan BN.

Kecaman keras kepada Pengarah YIT oleh semua pihak terhadap Pengarah YIT yang menafikan, ia adalah satu tindakan politik diskriminasi.

Hasil tindakan itu, pihak media melaporkan, sebahagian besar rayuan guru-guru Kafa telah diterima dan disambung kontrak mereka.

Perkara yang sama turut berlaku di negeri Kelantan.

Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, guru Kafa yang didapati menentang dasar kerajaan Umno-BN secara langsung boleh digantung atau dihentikan daripada memegang jawatan itu.

Tiada ulasan: