Sabtu, 1 Februari 2014

MCA: Semua, termasuk Chong Wei diteliti

MALAYSIAKINI






MCA akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menolak kemungkinan tersebut kerana populariti Lee mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut, lapor Utusan Malaysia.

"Tidak kira siapa calon pun, kita bersikap terbuka. Kita akan pilih calon yang boleh menang,” Liow dipetik sebagai berkata kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di ibu negara semalam.

"Kriteria penting yang perlu ada pada calon itu ialah semangat untuk berkhidmat, prihatin kepada rakyat, semangat BN yang kental dan dapat memberikan pembangunan.

Kelmarin, Ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Lim sebagai calon BN di DUN Kajang kerana popularitinya mampu menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: