Khamis, 6 Februari 2014
Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam, kata pemimpin Melayu DAP
Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah.
"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.
Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).
Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.
"Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah.
"Cuma demo yang macam ini berbentuk provokatif. Saya lihat satu tindakan yang provokatif... saya juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam," katanya.
Zairil juga mengecam tindakan menyembelih ayam sewenang-wenangnya tersebut sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
"Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.
"Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya," tegasnya lagi.
Zairil juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.
"Paling saya khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...
"Ini satu ancaman untuk mencederakan beliau. Saya harap pihak polis akan ambil tindakan," katanya.
Beliau juga berkata, pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.
"Nak kata ugutan ganas ke apa pun saya tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.
"Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk," katanya.
Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.
Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
zairil.. jd anjing kafir DAP utk pecah belahkan umat Islam tu kerja Islam ke kerja iblis?
zairil tu sape bapak die? anak sah ke? check diri dlu la.. suruh DAP upah anjing yg real skit.. ajar Teresa piggy tu jd baik!
Catat Ulasan