Rabu, 12 Februari 2014

Lebih 1,000 perwakilan ke konvensyen Pakatan Rakyat 8 Mac

KEADILAN DAILY


Pakatan Rakyat


SHAH ALAM : Lebih 1,000 perwakilan dijangka hadir ke konvensyen Pakatan Rakyat kelima yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada 8 Mac ini.

Adun Cempaka, Ir Iskandar Abdul Samad dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja untuk konvensyen kali ini.

“Konvensyen tersebut akan diadakan pada 8 Mac depan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang,” kata Iskandar pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

“Objektif konvensyen yang diadakan secara tahunan ini bertujuan mengumpulkan aktivis dan pemimpin Pakatan

“Pemilihan Selangor sebagai tuan rumah diputuskan dalam satu mesyuarat para pemimpin utama Pakatan Rakyat sebelum ini,” tambahnya.

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim bertindak sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2 bagi Konvensyen Pakatan Rakyat kelima ini

Tiada ulasan: