Ahad, 2 Februari 2014

Kritikan keras orang kanan Mahathir, isyarat cubaan jatuhkan Najib

AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan serangan dan kritikan keras terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak melalui orang kanan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad antara ‘isyarat’ bahawa wujudnya cubaan menjatuhkan beliau.

Katanya, itu bukan kali pertama berlaku kerana mantan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan ekoran kritikan secara terbuka Tun Mahathir terhadap kepimpinannya selain serangan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Sdn Bhd (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

Rafizi1-179x300“Itu sudah dijawab oleh Najib sendiri apabila laporan media jelas menunjukkan beliau terpakasa memanggil ketua bahagian dan pemimpin Umno untuk menjelaskan kedudukan ekoran serangan bertubi-tubi daripada pimpinan lama Umno yang kita tahu berkait rapat dengan Tun Mahathir seperti Tun Daim (Zainuddin).

“Jadi ini bukan kali pertama. Kalau ini kali pertama berlaku boleh kita kata hanya tekaan tetapi kaedah sama digunakan Mahathir untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dahulu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak ada bukti yang lebih jelas selain daripada kenyataan dan kritikan keras yang dibuat orang di sekeliling Tun Mahathir seperti Kadir Jasin dan Tun Daim sendiri.

“Jelas bahawa pergerakan itu sudah bermula dan orang yang lebih arif adalah Kadir Jasin yang juga orang kanan Mahathir kerana beliau seperti merencana segala serangan terhadap Najib yang mengiyakan gerakan daripada kem Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: