Ahad, 16 Februari 2014

Kereta Karam Singh Walia ditemui di Johor

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
 
PASIR GUDANG: Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Bahru awal pagi tadi. 
 
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan. 
 
Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Februari lalu. 
 
Beliau berkata turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri. 
 
"Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka," katanya kepada pemberita di sini. 
 
Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan.

Tiada ulasan: