Rabu, 19 Februari 2014

Keadaan Banjir Di Beaufort Semakin Pulih

MSTAR ONLINE


BEAUFORT: Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih apabila mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan menurun kepada 1,766 orang pada Rabu daripada 1,871 orang petang pada Selasa.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata setakat 9 pagi Rabu, empat pusat pemindahan masih dibuka iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III, Dewan Baru Beaufort, Dewan Kampung Kukut dan Dewan SMK Gadong.

Paras air Sungai Padas kembali normal dan tiada bacaan dibuat setelah bacaan terakhir semalam pada 8.26 meter berbanding sebelum ini pernah mencecah 9.20 meter yang melebihi paras bahaya 8.70 meter, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Dua pusat pemindahan Dewan Sri Dayang Lumadan dan surau Kampung Sungai Bukau ditutup pada Selasa. - BERNAMA

Tiada ulasan: