KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengeluarkan pandangan segera berhubung status cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut pandangan syarak.
Perkara itu antara resolusi yang dicapai pada Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian Menurut Sisi Pandang Islam anjuran PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini.
Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut syarak.
Selain itu, seminar tersebut juga mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula segala bentuk cukai yang dibebankan ke atas rakyat ketika ini.
Seminar sehari ini berlangsung di Dewan Surau Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Dua kertas kerja dibentangkan masing-masing bertajuk " Audit Negara dan Sisi Pandang Islam " oleh Dr Azahar Yaakob dan "Pecukaian dalam Islam" oleh Dr Nazri Mansur.
Isu GST pula diulas oleh oleh ahli akademik Dr Zuhdi Marzuki.
Dalam pada itu satu lagi resolusi agar PAS mencerakinkan perbahasan mengenai tawaran-tawaran Islam antaranya sistem percukaian Islam sebagai penyelesaian yang bertepatan dengan tema Rahmat Untuk Semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan