Selasa, 18 Februari 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

 
RAKYAT NEWS
 
 
Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi. 
 
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. 
 
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. 
 
Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan perkahwinan pasangan terbabit goyah namun Erra sering menafikan dan mengelak daripada berjumpa dengan wartawan. 
 
Penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut meminta supaya fitnah membabitkan rumah tangga mereka dihentikan serta merta.
 
Terdahulu, terdapat gosip mendakwa Erra Fazira dan Engku Emran telah berpisah secara sah pada penghujung Oktober 2012 namun di rahsiakan oleh mereka.
 
“Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gossip ini. Gossip hanya tinggal gossip sahaja”
 
“Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat & umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda & rakan media semua,” katanya

Tiada ulasan: