KL TODAY
Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya
mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita
bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja
sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM.
Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil
kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek
lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau
bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah,
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya
terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas
Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar
Selangor.
Sidek
juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di
Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya.
Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk
Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak
Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang
miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk
Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas
pelajar Yayasan Anda.
Semasa
di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat
dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada
masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan
bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar
Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat
Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima
ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut
perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola
Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar
selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di
Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu
ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM.
Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
Selepas
lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya
dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan
aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya
tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
Hubungan
saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan
dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke
Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah
menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan
orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja
tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan
ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan.
Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek.
Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat
persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas
jumpa Anwar.
Malah
diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana
beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan
dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau
nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan
menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya
memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai.
Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa
berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah
mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan
pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap
keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa
Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri
biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan.
Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D
Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin
memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi
bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri
Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit
masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah
beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak
sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan
bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana
Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat
murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi
Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek
waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan
dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk
jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior
dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure
dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan
Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan
tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian
akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi
Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya
tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA.
Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila
Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah
isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL.
Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan
saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat
ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor
jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang
sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar
Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi
Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak
pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada
satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau
hasilkan.
Bila
Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat
tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP
Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia
bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang
bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu
menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir
kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong
Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis.
Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim,
Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri
Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan
diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk
Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
Bila
saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel
Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar
dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan.
Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas.
Saya faham keadaanya.
Pada
satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di
Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik
seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini
baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah
Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu
amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari
Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan
beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah
ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk
menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada
penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek
tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila
pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek
dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda
yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini
terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman
yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr
Mahathir.
Anak
buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk
Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek
adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji
sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan
Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang
akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa
mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat
dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar
Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya
bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba.
Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia.
Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek
Baba.
Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
Dipetik dari wlr.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan