Rabu, 24 April 2013

Selepas kutuk agama Hindu dan hina kaum India, Zul Nordin dapat pujian Najib

Roketkini.com



Tak pernah Anwar Ibrahim atau Wan Azizah menggunakan istilah “keling” untuk menggambarkan kaum India. Tak pernah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng berkata demikian. Tak pernah Tok Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi menuturkan kata-kata kesat itu.

Tetapi Zulkifli Nordin, seorang pemimpin Perkasa, tak segan silu berbuat demikian. Dengan penuh rasa selesa. Dengan penuh kebanggaan. Dia hina agama Hindu. Dia hina penganut agama Hindu. Dia permainkan kepercayaan orang Hindu dan tempat suci penganut Hindu. Dia gelar orang India sebagai “keling”.

Kini Najib Razak memilih Zulkifli yang tidak menjadi ahli mana-mana parti komponen BN, hatta UMNO, sebagai calon BN untuk bertanding di Parlimen Shah Alam. Malah, Najib menganggap Zulkifli sebagai pembela kaum India!

Najib mahu pengundi Shah Alam terima saja Zulkifli kerana dia sudah minta maaf atas kesalahan ucapan menghina Hindu “10 tahun” yang lalu sewaktu dia jadi ahli PAS. Betul ke? Yang “10 tahun” itu pun dia bohong kerana video ucapannya itu membuktikan ia dirakam selepas 2006 atau 2007.

Malah, Najib mungkin tak sedar yang pemimpin Perkasa itu baru saja menggelar kaum India sebagai “keling” dalam satu ceramah pada 6 Mac 2013 yang boleh dilihat dengan jelas dan terang dalam klip video yang dimuatkan ke youtube.com. Maknanya tak sampai dua bulan lalu Zulkifli telah menggelar kaum India sebagai “keling” dan sekali lagi mengutuk kitab suci agama Hindu!

Mungkinkah Najib rasa pengundi kaum India tak wujud di Shah Alam? Atau mungkin Najib akui memang kaum India terpinggir sehingga mereka tidak mampu miliki internet dan tak pernah tonton youtube.com? Atau Najib rasa pengundi kaum India mudah dipermain-mainkan seperti pimpinan Hindraf? – Roketkini.com

Tiada ulasan: