ASPAN ALIAS
Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan
mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih daripada
mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?
Seandainya perisikan untuk
mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di
Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN
sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai
oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh
polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?
Dulu, penyokong UMNO membaling
telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat
ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan
perkara
yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di
banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi
dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.
Presiden UMNO selalu menyebut
yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi
keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon
yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak
oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?
Insiden seperti ini berlaku di
mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan
Kedah
sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh
mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik
gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti
'pesawat yang
terhempas sebelum berlepas'?
Apa yang berlaku di Johol itu
adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad
Hasan
sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin
negeri.
Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini
merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai
selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek
dahi."
Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.
Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.
Oleh itu ramai menelefon saya
yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya
itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz
Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh
rakyat yang ramai.
Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’
di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz
Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.
Kalau saya berada di tempat Ustaz
Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak
nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi
wakil rakyat?”
Keadaan ini bukan sahaja berlaku
di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam
keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau
Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon
Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.
Kasih Mohammad ini
bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua
Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri
diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.
Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah
mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya
mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur
ini wujud.
Jangan bersikap angkuh hanya
kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar
belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu
cepat. Tunggu hujan turun dulu.
Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak.
Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.
Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.
Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu.
Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.
Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan