Sambil mengakui berlaku pertembungan sengit, namun beliau yakin potensi memenangi kerusi itu antara kedua-dua pihak adalah 50-50.
Beliau tidak sesekali berasa gentar malah terus bertekad mengubah negeri ini sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN) sekaligus menyumbangkan kemenangan satu pertiga kerusi parlimen untuk membolehkan pembentukan kerajaan baru ke Putrajaya.
Dalam pada itu, Kit Siang turut menyelar tuduhan dan tohmahan yang mengaitkannya sebagai anti Melayu dan anti Islam termasuk dikatakan sebagai individu bertanggungjawab mencetuskan rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.
“Saya cabar mana-mana pihak tampil menunjukkan bukti berhubung isu itu. Saya pasti tuduhan ini adalah kepentingan politik sesetengah pihak. Sejak DAP ditubuhkan kita sedaya upaya perjuangkan hak semua kaum.
“Buktinya, pada 1994, saya turut berkunjung ke Gelang Patah berhubung isu tanah membabitkan penduduk Melayu di Tanjung Kupang dan membawa isu ini di Parlimen.
Justeru tuduhan saya rasis dan anti Melayu adalah tidak berasas,” katanya.
Beliau juga mengakui beberapa wakil DAP terdiri di kalangan orang Melayu, termasuk pilihan raya kecil (PRK) pertama disertai DAP pada 1967, di Tampoi turut menampilkan calon Melayu iaitu Daim Ibrahim.
Selain itu, Kit Siang memaklumkan dua wakil DAP daripada kaum Melayu dipilih menjadi Adun iaitu di Perak dan Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan