KEADILAN DAILY
KUALA
LUMPUR : Sempena siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat, Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini, akan mengumumkan
calon KEADILAN bagi Wilayah Persekutun.
Pengumuman itu akan diadakan di Padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ceramah dan pengumuman calon akan diadakan serentak bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Manakala antara barisan penceramah yang akan bergandingan dengan
beliau bagi menyampikan ceramah pada malam ini terdiri daripada Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga penyandang
Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Selain itu turut sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah
Persekutuan, Dr Idris Ahmad, calon KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee
Kwong dan Ibrahim Yaacob.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan