KEADILAN
hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara
haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.
Perkara itu dibongkar
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat
KEADILAN di sini.
Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno
BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui
perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.
Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Seperti
yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana
melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.
Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).
“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.
“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.
Rafizi
berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan
hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
“Kita
akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan
pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.
“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi.
“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi.
Hadir sama
dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar;
Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan