Pemuda
PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah
kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada
hari Rabu, esok.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam
2.30 petang di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.Himpunan
ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam
habis-habisan dan secara berterusan.
Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.
Ekoran
itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini
kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh
politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.
Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.
“Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam,” katanya.
“Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam,” katanya.
Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.
“Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.
“Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua,” tegas beliau.
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini juga bertindak menghantar satu
surat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan mendesak agar
pergerakan pemuda parti itu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan
kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam.
Antara isi
kandungan surat tersebut adalah beberapa kenyataan yang pernah
diucapkan oleh Chua Soi Lek yang didapati menghina dan
merendah-rendahkan Islam.
Menurut
Khairul Faizi selaku ketua delegasi DPPM ke ibu pejabat Umno di PWTC
menyatakan, kenyataan daripada presiden dan beberapa pimpinan parti
komponen di dalam Barisan Nasional itu agak keterlaluan dan melampau.
“Kenyataan
beliau itu akan mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia.
Kita berasa sedih apabila Presiden Umno sendiri turut mendengar
penghinaan tersebut tetapi beliau hanya mendiamkan diri dan tidak
berkata apa-apa,” ujar beliau yang juga Setiausaha DPPM.
Beliau juga turut mengingatkan agar Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan