Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan–bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak profesional, malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu–satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud dalam Islam.
Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaitan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin Umno demikian juga Ulama Muda Umno. Kesemua mereka secara tiba–tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali?
Saya harap tidak berlaku demikian.
Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
NGO-NGO Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat Umno dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
NGO-NGO Melayu juga selayaknya berperanan. Terutama Jati dan Perkasa agar tidak bersikap 'double standard' menjadikan Pas sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP. Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Dr Chua Soi Lek?
Saya mewakili Dewan Pemuda Pas menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah–rendahkan hukum ALLAH.
Kami Dewan Pemuda PAS juga mendesak agar Dr Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada umat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekali gus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam.
Ini adalah fitnah yang melampau.
Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum ALLAH SWT ini, sementara bukan Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah, justeru pelaksanaan hukum Islam tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan negara sekali gus menolak syaitan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau di usia lewat.
Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan