Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, A Athimulan ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini.
Beliau berkata kes itu akan didengar lagi di Mahkamah Rayuan pada 7
Disember untuk "hujah selanjutnya".
Mohd Khir merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkannya terhadap tuduhan menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan harta berharga pada harga di bawah nilai pasaran.
Mohd Khir dijatuhkan hukuman penjara dan hartanya telah diarahkan dirampas. Bagaimanapun, hukuman penjara itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan