Belum
pun berlangsung penganjurannya, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25)
yang akan diadakan pada 30 Disember depan sudah dihimpit kontroversi
apabila Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim)
mempertikaikan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
selaku penganjur tunggal acara itu.Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli
berkata, pihaknya kesal dan terkilan dengan Finas kerana cuba
mengetepikan persatuan gabungan itu yang selama ini diberi mandat
menganjurkan FFM.
Justeru
persatuan itu bakal mengadakan sidang media tergempar pada Khamis
(esok) bagi menjelaskan perincian mengenai ketiadaan mereka untuk
bekerjasama dalam FFM pada tahun ini.
“Kenapa
mesti Finas yang memberikan penjelasan mengenai pengunduran kami
sebagai penganjur FFM 25 dalam sidang media yang mereka lakukan Isnin
lalu dan ia bukan datang daripada mulut kami sendiri?
“Sebagai
penganjur festival itu selama ini, kami berasa kesal dengan tindakan
Finas yang seolah-olah mengetepikan kami pada majlis itu.
“Sebab itu, kami akan adakan sidang media tergempar esok (Khamis) bagi menjelaskan sebab dan alasan penarikan diri Gafim daripada menganjurkan FFM tahun ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.
“Sebab itu, kami akan adakan sidang media tergempar esok (Khamis) bagi menjelaskan sebab dan alasan penarikan diri Gafim daripada menganjurkan FFM tahun ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.
Sidang media itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Khamis di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, dekat sini.
Menurut
Jurey, sidang media itu akan menjelaskan pendirian Gafim berhubung
penganjuran FFM 25 dan akan mendedahkan secara terperinci alasan di
sebalik keputusan mereka menarik diri sebagai penganjur pada tahun ini.
“Kami mahu
memberikan penjelasan secara terperinci mengenai sebab dan alasan kami
menarik diri daripada penganjuran FFM 25 agar semua pihak tahu keadaan
yang sebenar.
“Memang
kami tidak mahu anjurkan kerana sebab-sebab tertentu yang akan
didedahkan esok. Malah, kami juga tiada masalah mereka (Finas)
mengambil-alih penganjuran,” katanya.
Sebelum
ini, FFM yang tidak lekang kontroversi pada saban tahun, sekali lagi
tercemar apabila tarikh penganjuran festival pada tahun ini ditunda ke
hujung tahun sehingga menimbulkan ketidakpuasan banyak pihak.
Gafim merupakan gabungan 11 persatuan seni tanah air kecuali Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mengambil keputusan untuk bergerak sendiri susulan konflik yang tercetus antara mereka pada Ogos tahun lalu.
Gafim merupakan gabungan 11 persatuan seni tanah air kecuali Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mengambil keputusan untuk bergerak sendiri susulan konflik yang tercetus antara mereka pada Ogos tahun lalu.
FFM 25 pada tahun ini dikendalikan oleh Finas bersama PFM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan