Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat
Jahaya menegaskan, “tidak adil” menjatuhkan hukuman dengan melabel
ulama-ulama yang menyertai Umno “hanyut” kerana tidak boleh menerima
persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil
menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu
berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan
menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas
dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah “hanyut.”
“Sangat
tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini,
jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah,” kata beliau (gambar)
hari ini.
Semalam,
Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama
yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan
amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
“Jangan
senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada
bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar
terlibat dengan politik wang, tolong buktikan,” tegas Fathul.
Kata
beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif
dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum
secara terus.
“Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi,” tegasnya.
“Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi,” tegasnya.
Tambah
beliau, isu ‘hanyut’ juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana
bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.
“Selagi
berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah
mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah,”
ujarnya.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,
tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno “hanyut”, antara kerana tidak
boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN)
itu.Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari
dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian
ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan
kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan