Oleh : AIDILA RAZAK |
PENGHUNI
di rumah jagaan warga tua di Sabah terpaksa tidur bertemankan nyamuk,
mandi dengan air sejuk, tidak diberi makan selepas jam 5 petang, dan
diberi makan bahan yang tidak sesuai atau tidak dapat dikunyah.
Malah, tiada rekod
bahawa ubat-ubatan diberikan kepada penghuni di salah satu rumah jagaan
yang diaudit, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Pemeriksaan
audit mendapati seramai 81 daripada 150 penghuni menghidap penyakit
seperti tekanan darah tinggi, kenicng manis, hiperkolesterolemia, gout
dan lain-lain.
"Pemberian
ubat di RWT (Rumah Warga Tua) Air Panas kepada penghuni yang menghidap
penyakit tidak dapat disahkan kerana tiada rekod disediakan," laporan
itu dipetik.
Laporan
itu juga menyebut, pegawai rumah jagaan yang ditemubual memberitahu
pegawai audit bahawa beliau tidak menyedari keperluan untuk merekodkan
pemberian ubat.
Penghuni
di RWT Sri Harapan di Sandakan dan RWT Sri Pritchard di Papar pula
tidak diberi makan selepas jam 5 petang, walaupun garis panduan jabatan
kebajikan menetapkan makan disajikan antara jam 9 hingga 9.30 malam.
Panduan
jabatan tersebut menetapkan supaya sajian disajikan mengikut waktu –
sarapan (7 pagi), minum pagi (10 pagi), makan tengahari (12.30 petang),
minum petang (3.30 petang), makan malam (6.30 petang) dan minum malam (9
malam).
Minum
pagi tidak disediakan di RWT Air Panas dan RWT Sri Harapan, manakala
makan malam dan makan lewat malam hanya disediakan dalam perbezaan masa
satu jam di Sri Harapan.
Pegawai
dietetik dari Hospital Queen Elizabeth yang diminta pandangan dalam
audit tersebut juga mendapati makan yang diberikan kepada penghunti
tidak sesuai bagi orang tua dan orang sakit.
Ia
mendapati, makanan yang diberikan sama ada terlalu keras atau terlalu
besar, yang memberi masalah kepada penghuni yang tak bergigi, memakai
gigi palsu atau yang menghadapi masalah pernafasan.
Makanan yang berkalori tinggi dan berlemak turut disajikan kepada individu yang mengalami masalah jantung dan obesiti.
Rel
pemegang, kelambu dan pemanas air tidak disediakan. Malah, tingkap di
sesetengah ruang tidur di Sri Harapan tidak boleh ditutup. Kelambu pula
tidak disediakan di RWT tersebut dan juga di Sri Pritchard.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan