.Satu
kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak
peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin)
menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia
(Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara
tersebut, Yves Charpenel.
Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama
mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar
di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan
yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh
sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas
Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang
berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata
dan bukannya perbicaraan sebenar.
Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan
fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham
oleh masyarakat.
Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa
berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times
(NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk
portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi
jurucakap pihak pendakwaan Perancis.
Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa
adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel
yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada
prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk
mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang
dimohon Suaram.
Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa
tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi
menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam,
Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam
pada Mac lalu di Paris.
"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan
sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim
penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".
Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak
membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel.
Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge
Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai
skandal Scorpene.
Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi
menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun
diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:
------------
Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan
laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita
online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di
Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis
berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh
Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara
khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.military
malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai
semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di
Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah
tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada
Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang
pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa
Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri
persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
------------
Sekarang nampak kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas bukti
bahawa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan?
Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama
sudah tidak boleh dipercayai lagi, ditambah lagi dengan beberapa siri
penipuan membabitkan gambar Perdana Menteri Najib Altantuya kununnya
menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian
mesyuarat Umno Pekan beberapa munggu lalu.
Malaysiakini dan laman portal berita lain dinasihatkan supaya
berhati-hati daripada dijerat perangkap yang sengaja dipasang media
pencacai Umno walaupun mengaku sumber berita mereka adalah sumber rasmi
kerajaan! -http://jalanpulang1978.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan