MALAYSIA KINI
"Kami mahu PSC buat resolusi untuk memaksa SPR untuk melaksanakan sekurang-kurangnya penggunaan dakwat kekal dan cadangan mengundi lebih awal sekarang.
"SPR dakwa mereka memerlukan masa dua bulan hanya untuk membeli dakwat. Kita tidak mahu kekurangan masa dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ini sebelum pilihan raya umum akan datang, " kata ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, semalam.
Loke, seorang daripada tiga orang wakil pembangkang di PSC, mengalu-alukan pengumuman pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang berkata laporan interim PSC akan dibentangkan di Parlimen sebelum mereka memulakan pendengaran awam esok.
Ahli parlimen dari DAP itu berharap bahawa penggunaan dakwat kekal dan cadangan membenarkan penggundian awal juga akan dimasukkan dalam laporan ini.
Loke juga mahu anggota tentera dan polis dibenarkan mengundi di kawasan tempat mereka bertugas terlebih dahulu bagi menggantikan undi pos kerana kebimbangan tekanan dikenakan ke atas mereka untuk mengundi BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan