Khaulah Azwar |
Katanya, Himpunan Tolak 1.0 semalam juga bertujuan menyatakan suara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut dua tuntutan dalam menegakkan kebenaran. Himpunan aman yang dihadiri kira-kira 500 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas solat Jumaat itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi daripada pihak polis dan pengurusan universiti. Akram berkata, antara tuntutan itu adalah tolak campur tangan ghaib yang sering mengganggu program mahasiswa, menolak tindakan pihak pengurusan pentadbiran yang berdolak dalik dan tidak professional dalam membuat keputusan. “Kita mohon juga sebarang ketetapan yang ditentukan oleh pentadbiran UIAM perlu dinilai perkembangan mahsiswa. “UIAM tidak seharusnya menyekat suara mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan hujah mereka seperti apa yang berlaku terhadap Presiden SRC UIAM, Mohd Iqbal Abdul Wahab telah dikecam oleh UIAM apabila beliau terlibat dalam siaran televisyen, Hujah,” katanya.
Sementara itu, Farzana Omar selaku jurucakap Pro-M UIAM, We Unique For Islam (WUFI) pula berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu yang berbangkit di UIAM dengan apa cara sekalipun demi menegakkan keadilan. “Jika pihak berwajib enggan menerima tuntutan himpunan Tolak 1.0, maka kami daripada semua mahasiswa akan menyusun strategi yang lebih efektif. Ini adalah bertujuan adalah untuk membuka mata pihak berwajib dan UIAM agar tidak sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja terhadap mahasiswa,” katanya. Tegasnya, mahasiswa UIAM bukan seperti lembu yang dicucuk hidung dan mereka bukan mahasiswa yang mudah diperkotakkatikkan. “Kami bukan mahasiswa jalanan tetapi kami adalah mahasiswa yang mendapat pendidikan sentuhan daripada para pendidik yang mempunyai ilmu yang tinggi dari sudut sahsiahnya,” ujarnya. |
Sabtu, 26 November 2011
Mahasiswa tolak campur tangan ghaib
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan