Rabu, 30 November 2011

3.4 juta ahli, belum tentu Umno menang p’raya

"(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi," kata Ahmad Maslan.


KUALA LUMPUR: Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar.

Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’.

“…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.

Tiada ulasan: