Abdul Rahim Sabri
Sekumpulan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengadakan demonstrasi susulan pentadbiran universiti itu membatalkan program bicara buku elektronik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada saat-saat akhir, Isnin lalu.
Kira-kira 200 mahasiswa pro-Mahasiswa (Pro-M) UIA berhimpun mengadakan bantahan tersebut kerana kecewa dengan pembatalan program itu.
Bantahan diadakan di perkarangan masjid universiti, selepas solat Jumaat tadi.
Jurucakap pro-M UIA, Mohd Eikhwan M Ali berkata pihaknya juga mengadakan bantahan itu kerana percaya terdapat campurtangan "luar" ke atas pentadbiran universiti berhubung pembatalan program itu
Bagaimanapun, mahasiswa fakulti kejuruteraan itu, enggan menyatakan dengan jelas pihak "luar" yang dimaksudkan.
"Kalau nak buat pembatalan, kenapa tidak dibuat semasa (peringkat awal mahasiswa) menghantar kertas kerja cadangan? Kenapa dibatalkan pada saat-saat akhir?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Dilaporkan universiti berkenaan dikatakan telah membatalkan program bicara buku Saifuddin dengan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan.
Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak dibatalkan pada saat akhir dan ia ditangguh ke tarikh lain.
Selain kes Saifuddin, terdapat beberapa perkara lagi yang dibangkitkan kumpulan mahasiswa itu, antaranya dakwaan UIA terlibat dalam pembatalan penyertaan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Mohamad Iqbal Ab Wahab dalam program televisyen Hujah bulan lalu.
Bantahan juga bagi menuntut kebebasan akademik ekoran penggantungan sementara tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang UIA bulan lalu berhubung kenyataannya terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan