MALAYSIA KINI
Umno tidak akan mengenakan sekatan kepada mana-mana pihak, termasuk media untuk mendengar dan melaporkan sebarang isu yang dibangkitkan pembentang dan pembahas usul dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan bermula Selasa ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersikap terbuka dan tiada apa yang mahu diselindungi walaupun sedar perbahasan anggota perwakilan akan banyak menyentuh soal kepentingan dan masa depan orang Melayu.
"Walaupun dikatakan perhimpunan ini tertutup, dalam erti kata yang menyertai dalam perbahasan itu adalah perwakilan yang terpilih sahaja tetapi bagi saya ini suatu amalan yang sudahpun kita mulakan dan kita akan teruskan, tidak ada sekatan untuk mereka mendengar di luar dan untuk media membuat liputan yang dikatakan meluas seperti biasa.
"Kita harus bersikap telus walaupun ia akan banyak menyentuh banyak soal kepentingan dan masa depan orang Melayu, tetapi kita juga harus faham bahawa peranan Umno khususnya dalam kerajaan itu adalah utama kerana kita jadi parti teras dalam BN," katanya dalam sidang media khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini.
Mengenai perhimpunan kali ini, Muhyiddin menyifatkannya sebagai perhimpunan yang amat penting dan bakal menarik perhatian bukan sahaja masyarakat Malaysia,tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Beliau juga yakin isu-isu yang akan dibicarakan dalam perhimpunan itu akan diteliti segenap lapisan masyarakat, khususnya anggota Umno sendiri untuk melihat dan menilai kewibawaan parti dan sama ada ia masih relavan dengan perjuangan semasa orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Tumpuan juga akan diberi untuk melihat sama ada Umno ini parti yang sejak awal lagi dikatakan membela kepentingan orang Melayu, masih lagi meletakkan asas itu sebagai pegangan paling utama dalam perjuangannya dan apakah parti ini sudah menjalani proses perubahan atau pun transformasi yang diharapkan selepas kita menjalani pilihan raya umum ke-12 pada 2008," katanya.
Menyentuh isu yang akan dibahaskan anggota perwakilan, Muhyiddin berkata beliau tidak boleh meramalkan apakah isu yang akan disentuh dalam persidangan kali ini.
"Saya percaya akan ada kelainan kerana kita telah tanamkan dalam fikiran mereka (perwakilan) bahawa pilihan raya akan datang tidak serupa, berbeda dan persiapan kita bukan biasa, mesti lebih daripada biasa," katanya.
Lebih penting, katanya, setiap isu yang dibangkitkan kelak mesti mempunyai keikhlasan agar ia tidak dilihat sebagai muslihat politik sebaliknya mempunyai kepentingan untuk membantu rakyat.
Muhyiddin juga berharap para pembentang dan pembahas usul lebih profesional, memahami isu dengan lebih mendalam dan tidak bersifat retorik dalam penyampaian mereka.
"Mesti ada pendekatan baru, nafas baru dan kandungan baru serta asas-asas dan data yang lengkap, jangan membicarakan sesuatu dengan kenyataan yang begitu sahaja tanpa didokong oleh asas-asas yang kukuh," katanya.
Ini kerana, katanya perbahasan oleh anggota perwakilan akan didengari oleh jutaan masyarakat yang semakin bijak menilai dan dengan itu maklumat dan pengetahuan mereka tidak boleh diperlekehkan.
Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan