Sabtu, 26 November 2011

Panas: Rasuah, MB Di Gesa Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Libat Pengawai Kanan SPRM Pahang

PAHANG DAILY


KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa menjalankan siasatan terperinci terhadap satu laporan yang kini telah tersebar berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Moh Samsuddin dan Timbalannya Ramli Hassan berhubung dengan dakwaan meminta sumbangan sebanyak RM60,000 (Enam Puluh Ribu) daripada Pejabat Menteri Besar Pahang itu sendiri pada Jun lalu.

Peruntukkan terbabit khabarnya telah disalurkan ke akaun bank Kelab Sukan SPRM Pahang menerusi Bank Islam bertarikh 9 Jun 2o11. Dipercayaai semua Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan SPRM membantah perkara itu.

Namun, ia tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan juga wang tersebut telah digunakan untuk membiayai program SPRM Pahang dan SUK Pahang yang dirancang di Taman Negara Jerantut ketika itu.

Persoalannya sekarang, jika perkara ini dilakukan oleh agensi kerajaan yang lain maka sudah pasti ia akan dianggap rasuah dan sudah pasti mereka yang terlibat akan dibawa ke muka keadilan untuk didakwa.

Masalahnya, ke mana laporan berkaitan wajar dibuat sedangkan ia melibatkan Pengarah dan Timbalan SPRM Pahang sendiri?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang ini. Justeru itu, Menteri Besar Pahang digesa melakukan siasatan terhadap laporan ini dan mengambil tindakan tegas atas apa yang berlaku.

Tambahan pula baru dua hari lepas Adnan merasmikan Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini. Makanya, beliau harus laksanakan tanggungjawab itu walau pun terpaksa demi maruahnya.

[Malah terdapat juga beberapa dakwaan yang ahli keluarga Pengarah SPRM Pahang juga ada mendapat kuota kawasan perlombongan di negeri Pahang sebelum ini. Langkah itu kononnya diambil bagi SPRM menutup beberapa laporan rasuah berkaitan beberapa ahli politik UMNO di negeri ini.

Jika benar dakwaan itu, maka Pengarah SPRM Pahang perlu menjawab isu ini dan tidak wajar membiarkan rakyat terus tertanya dan dibelenggu misteri. Mana mungkin agensi yang sepatutnya menangani rasuah tiba-tiba terpalit pula dengan rasuah.

Adnan perlu berani mengambil tindakan dan tidak wajar membiarkan isu ini terus berlarutan. Kita tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap agensi terbabit gara-gara tindakan yang tidak sewajarnya ini.

Semoga pihak lain mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku hendaknya. Jangan nanti orang kata kita "cakap tak serupa bikin" kerana ia lebih memalukan. Maka, lakukanlah tindakan berani sekarang !].

Tiada ulasan: