MALAYSIA KINI
Penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini adalah hanya 46 peratus, satu kadar paling rendah di rantau ini berbanding negara jiran pada 70 peratus, kata Timbalan
Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata kerajaan menggalakkan golongan wanita tempatan terutamanya suri rumah untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai usaha agar bilangan tenaga kerja asing di negara ini dapat dikawal.
"Kementerian sedang memikirkan strategi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja tempatan kerana negara memang ada tenaga tempatan yang masih boleh digunakan tetapi memerlukan pelbagai sokongan dan insentif.
"Kita turut menggalakkan rakyat yang boleh bekerja tetapi tidak bekerja contohnya suri rumah, pesara, OKU dan pelajar ke pasaran pekerjaan dengan mewujudkan peraturan kerja separa waktu iaitu kerja kurang dari lapan jam tetapi masih mendapat hak sebagai pekerja antaranya kelebihan KWSP, SOCSO dan cuti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang ingin tahu kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing berbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan dalam sektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran.
Maznah berkata kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing bersifat sementara dan berdasarkan statistik terkini pekerja asing yang berkhidmat di negara ini yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berjumlah 1.8 juta orang.
"Walaupun Malaysia menjadi pilihan warga asing sebagai lubuk mencari rezeki, kerajaan tidak mengamalkan dasar terlalu terbuka kerana ia dikhuatiri menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk meneroka pasaran pekerjaan," katanya.
Jumlah guna tenaga yang bekerja di Malaysia pada masa ini ialah 11.7 juta manakala kadar pengangguran ialah sekitar 3.4 peratus.
Sektor seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pertanian adalah yang banyak menggajikan pekerja asing.
Maznah berkata mereka yang hendak mendapatkan golongan berkenaan sebagai tenaga kerja hendaklah berdaftar dengan portal JobsMalaysia dan melalui proses Jobs Clearing System.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan