Rabu, 30 November 2011

Balkis: Mahkamah tangguh semakan kehakiman

FREE MALAYSIA TODAY

Balkis menjadi bahan perbualan apabila MB Selangor dakwa penyalahgunaan dana melibatkan Presidennya Zaharah Kechik, isteri Dr Khir Toyo.



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan keputusan permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan Selangor dan
sembilan lagi berhubung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri- isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen Selangor (Balkis), pada 15 Dis ini.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar hari ini.

Permohonan semakan kehakiman tersebut difailkan oleh 10 pemohon – kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings

Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd -
mencabar keputusan ROS.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas Presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohon antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan ROS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis). Bernama

Tiada ulasan: