Kuek Ser Kuang Keng
Kelab Taat Suami (KTS) yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan buku panduan seks Islam, hari ini berikrar mahu memerangi seks haram yang didakwanya digalakan oleh Yahudi.Sempena sambutan Awal Muharram di ibu pejabatnya di Bandar Country Homes, Rawang, pagi ini, Global Ikhwan, badan penaung KTS melancarkan kempen “Perangi Seks Haram: Taat Kepada Suami”.
Menurut anggota jawatankuasa pusat KTS, Siti Maznah Taufik, yang bertanggungjawab terhadap cawangan kelab itu di Australia, kempen berkenaan sebahagian usaha bagi menyelesaikan gelaja sosial, terutamanya seks luar nikah dan pembuangan bayi.
"Islam mempunyai penyelesaian kepada semua masalah, termasuk yang berkaitan dengan perkahwinan dan seks... Kajian kami mendapati suami yang tidak mendapat kepuasan dari isteri mereka akan mencari hiburan di luar dan ini meningkatkan lagi gejala seks haram,” katnya kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakan mereka wanita semasa majlis itu.
Katanya, ahli-ahli Global Ikhwan telah mengamalkan cara perkahwinan dan hubungan seks Islam selama lebih 30 tahun, dan kesimpulan mereka bahawa kesetiaan kepada suami adalah kunci untuk memenangi pertarungan menentang seks haram.
Dua sepanduk dengan 14 gambar-gambar dipamerkan yang antara lain, mendakwa bahawa seks haram adalah digalakkan oleh orang-orang Yahudi dengan tujuan memusnahkan Islam kerana mereka memahami "kesan sampingan" jika isteri-isteri berlaku curang terhadap suami mereka.
Justeru, menggalakkan seks Islam adalah perjuangan menentang orang Yahudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan