Sambil menyifatkannya sebagai satu cabaran kecil bagi parti teras Barisan Nasional (BN) itu, Perdana Menteri berkata Umno perlu berganding dengan rakan-rakan perikatan itu untuk mencapai kejayaan dipilih semula.
“Kita perlu menyeberang jambatan pilihan raya umum,” kata beliau ketika berucap pada forum antarabangsa anjuran Umno sempena perhimpunan agung tahunan yang bermula esok.
“Sangat penting untuk kita dipilih (semual) bagi melaksanakan transformasi yang sebenar, kita perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat,” katanya lagi.Langkah Najib, yang menyandang jawatan perdana menteri dan presiden Umno sejak 2009, meliberalisasikan ekonomi berhadapan dengan tentangan daripada dalam Umno, malah daripada kumpulan pembela hak orang Melayu seperti Perkasa.
Najib berkata Umno dan juga BN adalah pilihan terbaik masa depan negara dan partinya bersedia untuk melakukan perubahan untuk kekal relevan di kalangan pengundi generasi semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan