MALAYSIA KINI
Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya dalam pilihan raya umum ke-13, asalkan mereka boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, perdana menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN.
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.
Turut hadir presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan ketua penerangan Mubarak yang juga pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.
Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.
Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.
'Jangan pandang mudah'
"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.
"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.
Najib berkata perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Katanya ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat.
Selain itu, katanya, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.
"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara.
Hubungan dengan NGO
"Dengan kita punya Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang ini GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (program Transformasi Ekonomi) dan sebagainya. Kita konsisten untuk terus menjadi parti yang jenamanya ialah parti yang membawa kepada pembaharuan dan perubahan," katanya.
Najib berkata beliau bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Mubarak dengan tidak meniru apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada terutama sekali pimpinan di peringkat negeri dan bahagian yang semestinya memberi tumpuan kepada struktur parti.
Katanya Mubarak melihat kepada kumpulan sasar tertentu dengan menjalin hubungan strategik dengan NGO yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menentukan kejayaan parti pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata hubungan seperti itu perlu dijalin dengan kumpulan atau badan-badan tertentu yang sudah sedia wujud seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis dan kumpulan lain.
"Begitu juga dengan persatuan kaum lain seperti persatuan kaum Cina dan India yang mempunyai pengaruh besar. Kumpulan ini amat penting sebenarnya yang perlu dijadikan sebagai sahabat kita yang boleh membantu apabila sampai masanya pada pilihan raya akan datang," katanya.
Sambil menghargai peranan Mubarak, Najib berkata dengan memilih pendekatan sedemikian, maka tidak akan berlaku pertembungan dan salah faham yang tidak disengajakan yang boleh berbangkit di kawasan yang taukenya sudah ada dalam susunan bahagian.
Katanya yang penting ialah untuk kejayaan parti dan sekarang anggota parti perlu menguatkan kepimpinan parti dengan kumpulan tersebut kerana politik adalah siapa yang mendapat lebih undi, mereka yang akan menang.
Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan