Sabtu, 8 Mei 2010

'Mat Rempit' Cedera Ditembak, Anggota Polis Ditahan

TV SELANGOR


SEREMBAN : Seorang anggota polis ditahan kerana dipercayai melepaskan tembakan kepada penunggang motosikal yang didakwa sebagai mat rempit ketika mengejar mereka di Jalan Jelebu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anggota polis dalam sebuah kereta peronda dikatakan dicemuh oleh penunggang motosikal berkenaan, menyebabkan tembakan dilepaskan.

Mengikut laporan The Star Online, tembakan itu mengenai bahagian pinggul penunggang motosikal berusia 17 tahun yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Tiada ulasan: