Kebanyakan pelajar lepasan SPM 2010 ketika ini sudah mendapat tawaran bagi Matrikulasi mahupun pengajian peringkat Diploma. Manakala pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang semasa percubaan SPM 2009 telah ditawarkan tempat dan kini ada yang sedang menuntut di Universiti Petronas (UTP) untuk kemasukan bulan Januari 2010.
Bagi kemasukan bulan Januari, Pelajar UTP (pelajar express) sememangnya ditawarkan Biasiswa Petronas 2010. Tetapi, masalah yang tidak dijangka sama sekali oleh penuntut-penuntut UTP ini telah berlaku…..
Mereka ini pada mulanya telah disenaraipendekkan untuk belajar di Universiti Petronas (UTP) melalui temuduga dan keputusan percubaan. Mengikut faktanya, semua pelajar kemasukan Januari dan juga Mei lepas telah ditaja penuh oleh Petronas. Namun, berbeza pada tahun ini 2010 kerana penuntut UTP ini terpaksa belajar dengan tanggungan sendiri pada semester pertama dan biasiswa Petronas 2010 hanya akan dijanjikan untuk semester kedua (bersama dengan kemasukan Mei 2010).
Walau bagaimanpun, ramai yang terkejut dengan keputusan biasiswa Petronas 2010 yang baru dikeluarkan. Hanya 68 orang daripada sekitar 300 pelajar yang ditaja oleh Petronas sedangkan penuntut Universiti Petronas (UTP) ini semua dijanjikan biasiswa Petronas 2010 sekiranya keputusan SPM mereka mencapai atau melebihi 9A. Ramai pelajar yang mencapai 10A+ ke atas tidak mendapat tajaan tersebut. Masalah bertambah parah kerana ada dikalangan penuntut UTP datang daripada keluarga yang susah atau cukup-cukup makan sedangkan kos pengajian di UTP yang agak tinggi.
Sehinggakan sebilangan kecil ibu bapa penuntut Universiti Petronas (UTP) terpaksa berhutang untuk membayar semester pertama dengan harapan ditaja bagi semester kedua berdasarkan janji-janji oleh Rektor Universiti Teknologi Petronas, Datuk Dr Zainal Abidin. Malah ada penuntut UTP yang berjaya memeprolehi 13 A dalam peperiksaan SPM 2009 juga senasib dengan rakan-rakan mereka yang lain apabila tidak mendapat biasiswa Petronas 2010.
Disebabkan kos pengajian ditambah dengan kos hidup yang tinggi di sini dan layanan yang diberikan sebegitu rupa menyebabkan ada yang telah keluar daripada Universiti Teknologi Petronas dan memasuki matrikulasi atau IPTA yang lain walaupun diri mereka begitu bangga kerana berjaya layak untuk menjejak kaki di Universiti tenologi Petronas (UTP). Mereka telah membazir masa dan wang yang banyak. Contohnya, yuran bagi satu tahun pengajian asasi adalah sebanyak RM14,235. Kalau mereka nak pinjam dengan PTPTN, mereka hanya boleh dapat pinjaman maksimum sebanyak RM7,000 bagi setahun pengajian asasi. Selebihnya?
P/S : Akhir sekali, kami berharap pihak Petronas mahupun Universiti Teknologi Petronas (UTP) dapat memberikan perhatian kepada mereka ini, membantu dengan mencari jalan penyelesaian agar pelajar anda di UTP yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dapat ditawarkan Biasiswa Petronas 2010 seperti yang dijanjikan. Pegang pada janji.
PP/S : Mana lebih penting, kamu (Petronas) taja pasukan F1 Mercedes atau kamu bantu anak-anak kita ini dengan Biasiswa Petronas 2010, sekurang-kurangnya semangat mereka yang sedang berkobar-kobar untuk meneruskan kejayaan dan kecemerlangan di di Universiti Teknologi Petronas (UTP) tidak akan padam.
PP/S : Encik Karam Singh Walia, bagi saya satu peribahasa yang sesuai untuk Pihak Petronas mahupun UTP untuk situasi seperti ini. Erm……………….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan