Oleh Mohd Sayuti Omar
BEKAS KM Sabah, Salleh Said Keruak tidak bersetuju dengan pandangan berupa peringatan oleh Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Chin Su Phin bahawa BN tidak boleh terus beranggapan Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap kepada komponen itu.
memberi peringatan berdasarkan perkembangan semasa apabila BN tewas dalam pilihan raya kecil Sibu beberapa hari lalu. Bagi LDP kekalahan calon SUPP itu mungkin merupakan amaran yang perlu diberikan peduli segera.
Sebaliknya Salleh menafikan apa yang dirasai oleh Su Pin itu. Menurutnya rakyat Sabah dan Sarawak masih menyokong ketua menteri masing-masing.
Semacam ada salah ukur dalam soal ini. Salleh yakin akar umbi di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN. Kekalahan di Sibu tegasnya adalah kes terpencil yang tidak boleh dijadikan ukuran sebenarnya. Nampaknya Salleh masih cuba menyembunyikan kenyataan yang kini sedang mengheret BN.
Dalam pada itu Salleh berkata rakyat juga menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Musa Aman? Apakah begitu juga rakyat Sarawak turut menyokong Taib Mahmud? Tidak dapat siapa memastikan apakah cakap Salleh itu benar dalam hal ini, atau ia lebih merupakan bodekan beliau kepada Musa Aman. Ataupun kata-kata itu sebagai untuk tidak mengakui hakikat yang bergelora di Sabah dan Sarawak waktu ini bertujuan menyembunyikan masalah yang berladum di dalamnya.
Tetapi untuk apa pula kalau Salleh hendak menyembunyikan hakikat dalam perkara ini. Bukankah dengan memperakui kesilapan dan kelemahan itu lebih baik daripada terus memdabik dada? Misalnya menerima kata-kata Su Pin itu membuatkan Umno Sabah dan PBB Sarawak memperbaiki kelemahan mereka dengan segera.
Saya tidak percaya kalau Salleh tidak mengetahui isu yang membelenggu Ketua Menterinya ketika ini. Apakah Salleh sudah lupa satu kejadian di lapangan terbangan di mana penahanan seorang taukeh Cina yang dikatakan membawa wang berjuta-juta ringgit? Apakah peristiwa itu boleh disenyapkan begitu saja.
Bukankah penahanan taukeh Cina itu ada sangkut paut dengan Musa Aman. Wang yang dibawa oleh cina itu khabarnya wang Musa Aman. Cina itu hanya jadi hamba Musa Aman saja. Ada juga mengatakan wang itu untuk dibawa ke pilihan raya kecil Permatang Pauh? Kes ini dalam penyiasatan. Pihak Pencegah Rasuah (ACC) Korea masih menyiasat perkara ini.
Mungkin Salleh atau rakyat Sabah sudah melupai kejadian ini tetapi bukan sejarah dan rakyat Sarawak lain yang celik. Ia mungkin akan menjelma bila-bila masa saja. Kalau tidak percaya cuba adakan pilihan di mana-mana kerusi di Sabah. Twentu isu penahanan Cina berkenaan yang membawa berjuta-juta wang itu akan muncul.
Selain itu masih ada banyak lagi isu yang menimpa Musa Aman. Isu kronisme katanya menjadi-jadi di Sabah. Tindak tanduk Musa Aman dikatakan lebih teruk dari zaman Tun Datu Mustapa Datu Harun.
Pendeknya Sabah tidak akan aman selagi Musa Aman menjadi Pengerusinya dan Ketua Menteri. Lainlah kalau Umno Kuala Lumpur menukarkan Musa kepada orang lain, mungkin masalah Sabah yang dikaitkan dengan penyelewengan dan kroni akan lengsai. Dengan cara itu saja kalau BN ingin terus berandaian Sabah merupakan salah satu negeri menjadi bank simpanan tetapnya.
Kata-kata Salleh Said Keruak itu mungkin akan menjadi benar semisalnya beliau sendiri menerajui semula Umno Sabah. Tetapi apakah dalam suasana hari ini Salleh akan diminta untuk berada di situ? Perlantikan Salleh menjadi Timbalan Perngerusi Umno Sabah dilihat sebagai untuk menempelkan imej baiknya kepada Umno Sabah. Salleh bukan seorang yang fighter yang baik dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan juga kuasa politiknya. Tetapi beliau mempunyai keperibadian yang yang sukar untuk digugat oleh mana-mana tokoh. Justeru kepada saya kata-kata Salleh itu ada sebuah sinikal yang perlu difahami oleh Kuala Lumpur.
17 ulasan:
kritikan yang diberikan Datuk Chin Shu Pin adalah untuk BN memperbaiki kelemahannya.. kritikan ini haruslah diterima secara positif. bagaimanapun saya yakin BN masih lagi kuat dosabah dan sarawak. samada sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan BN ataupun tidak, itu berada ditangan rakyat.
pilihan adalah di tangan rakyat...sama ada benar atau tidak, hanya rakyat yang dapat memberi jawapannya pada pilihan raya akan datang...
rakyat yang menentukan samada BN akan terus berkuasa disabah dan asarawak ataupun tidak.. mengenai pernyataan penulis mengenai Musa Aman,Musa Aman telah banyak membangunkan negeri sabah.. apakah terdapat bukti yang kukuh yang mengaitkan Musa Aman terlibat dalam kes peyelewangan tersebut? ini hanyalah kabar angin yang tidak diketahui kebenarannya..
samada sabah dan sarawak masih lagi menjadi simpanan tetap BN, kita tunggu dan lihat pada pilihanraya umum nanti.. apa yang penting bagi rakyat adalah kebajikan mereka dijaga. setiapa rakyat inginkan pembangunan. BN perlu menjaga hati rakyat bagi memastikan sokongan terhadap mereka tidak berbelah bagi..
Kasihannya kita...rakyat manalah puas hati??
teguran patut diterima secara positif.. namun sebagai ahli komponen BN, adalah lebih baik mereka duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah di sabah dan tidak perlu buat kenyataan terbuka yang hanya boleh mengundang persepsi negatif.
LDP sepatutnya memberi sokongan moral kepada BN berikutan kekalahan BN di sibu.. diharapkan selepas ini tiada lagi kenyataan terbuka seperti ini yang boleh memberikan 'point' kepada parti lain untuk menjatuhkan BN..
berkenaan dengan KM sabah, selagi tiada tindakan undang2 terhadap beliau, selagi itu tiada bukti yang beliau terlibat.. beliau tidak bersalah dan tiada kaitan dengan rasuah.. kecuali mahkamah dapat membuktikannya.
hak rakyat sabah adalah untuk menentukan siapa wakil pemimpin mereka yang boleh dipercayai. bagi saya, pilihan rakyat sabah tidak boleh dipermain2kan oleh mana2 parti pun dan jangan dipersoalkan keputusan BN menang di Sabah. kalau rakyat SM menolak BN, janganlah kaitkan dengan sabah dan sarawak kerana masing2 ada pendapat terhadap BN
mentang-mentanglah BN menang besar di sabah, pihak-pihak yang sentiasa tidak puas hati dan kalah ini asyik2 mengatakan negeri sabah dan sarawak sebagai fixed deposit BN. hormatilah keputusan rakyat sabah dan sarawak!
Suatu yg pasti, semuanya terpulang pada rakyat juga ba...
Betul urangulama. cakap mcm mana sekalipun, at the end mmg berada di tangan rakyat. so rakyatlah penentunya.
Ya karaabau. Sama2 la kita tunggu apa kejadian pru13 nanti.
Betul samanda. K/kala saya terfikir, mcm mana teruk pun gosip BN/UMNO/GOV, dorang tetap jadi pilihan juga ba..
Biarpun sudah kalah di sibu, saya yakin BN akan bangkit semula..
Pasal CM kita tu pula, rasanya sabahan tak mahu fikir yg bukan2 juga, sebab blm ada bukti kukuh pun utk sabitkan beliau bersalah.
Ya somboi. BN perlu jaga hati rakyat.. kalau tak dapat jaga pun, pastikan ja amanah rakyat tu dilaksanakan... barulah menang besar. hehhee
Apapun bagi saya setiap teguran mmg patut diterima secara postif mcm yg 2718 cakap.
Sekurang-kurangnya mll teguran ni BN akan lebih berusaha dan tak mudah alpa terhadap t/jwb mereka.
Bialah tu drupadia ... BN ni mmg sentiasa dicemburui.. sebab tu lah sll ja timbul gosip panas pasal dorang. hehehe
Catat Ulasan