Selasa, 16 Disember 2008

Sultan Sulu nafi tuntut Sabah

Oleh NORILA DAUD


KUALA LUMPUR – Sultan Kepulauan Sulu dan Borneo Utara ke-29, Sultan Rodinood Ibni Al-Marhum Sultan Mohammad Julaspi Kiram II menafikan mahu menuntut Sabah dari Malaysia dan isu itu tidak perlu diungkit lagi oleh mana- mana pihak.

Jurucakap merangkap Setiausaha Eksekutif dan Pemegang Mohor Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman berkata, Sultan Rodinood berharap isu Sabah tidak diungkit lagi kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

“Baginda Sultan menyatakan Malaysia adalah negara yang aman damai di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Abdullah telah membawa banyak kemajuan kepada rakyat Sabah khususnya dan Malaysia cara keseluruhannya,” kata Putra Eddy ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan: