Ahad, 21 Disember 2008

Diugut anak menteri

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF


SHAH ALAM – “Dia datang bersama polis bantuan dilengkapi selaras submesingan dan cakap kepada polis berkenaan ‘siapa yang nak gaduh, tembak saja’.’’

Seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang juga penyanyi sebuah kumpulan muzik underground di sini mendakwa kata-kata itu diucapkan oleh anak lelaki seorang menteri di sebuah restoran di Seksyen 9 di sini Khamis lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa, Mohd. Radzi Razali, 21, yang rasa terancam dengan ugutan itu terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Tiada ulasan: