Rabu, 24 Disember 2008

Akim pilih naib presiden bertanding di Kuala Terengganu

BERNAMA


PASIR PUTEH: Naib Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Harun Mohamad dipilih oleh parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini.

Setiausaha Agung Akim Kpt (B) Mohd Rosli Ghazali berkata Harun, seorang peniaga, adalah bekas anggota jawatankuasa Pas kawasan Kuala Terengganu.

Katanya, parti itu telah menubuhkan pejabat operasinya dan akan menjadikan golongan muda sebagai pengundi sasarannya.

Harun pula berkata, harapannya untuk menang adalah cerah memandangkan beliau turut mendapat sokongan 500 anggota keluarga yang menjadi pengundi di kawasan itu selain daripada anggota PAS yang kecewa perjuangan parti itu kini lari daripada matlamat asal untuk mendaulatkan Islam.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas. Penamaan calon ialah pada 6 Jan.

Tiada ulasan: