Rabu, 24 Disember 2008

Polis: Tidak wajar menyamakan kempen Jerit dengan kempen keselamatan jalan raya.

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Adalah tidak wajar bagi Majlis Peguam menyamakan kempen Jerit berbasikal dengan kempen keselamatan jalan raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata kanak-kanak berusia antara 13 hingga 18 tahun mengayuh basikal di jalan raya sejauh beberapa kilometer dalam keadaan cuaca tidak menentu tidak sama dengan kempen jalan raya.

"Apa juga motif mereka, penganjur kempen berbasikal (Jerit) itu telah mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya, tidak kira sama ada mereka telah mendapat kebenaran ibu bapa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata di bawah Seksyen 17 (1) (a) Akta Kanak-kanak, jelas menyatakan ibu bapa atau penjaga yang mendedahkan kanakkanak secara yang boleh menyebabkannya mendapat cedera fizikal telah melakukan kesalahan.

Mohd Bakri berkata Jerit, yang menurut polis tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, sedang disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Tiada ulasan: