Zuharhaman MN
PASIR PUTEH - Hairannya mengapa penerbitan akhbar berbahasa Cina dibenarkan, rancangan televisyen juga ada berbahasa Cina, sebaliknya tulisan Cina pada papan tanda jalan tidak dibenarkan.
"Sepatutnya kalau tidak boleh, tidak boleh semualah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu program di sini, baru-baru ini.
Sebelum ini ada pihak tampil membidas kerajaan Pulau Pinang kerana menggunakan tulisan Cina bersama tulisan Melayu dan Inggeris pada papan tanda jalan di tapak warisan dunia di George Town.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, penggunaan lain-lain bahasa pada papan tanda jalan di samping mengekalkan bahasa Melayu, tidak menjadi kesalahan baginya.
Menurut beliau tindakan pihak tertentu yang mempertikai langkah dibuat kerajaan Pulau Pinang sebenarnya hanyalah berunsur politik, secara tidak langsung mencerminkan sikap tidak menghormati bahasa lain.
"Hairan.. perkara macam ni pun jadi isu. Nampak sangat kurang cerdik. Sedangkan dalam Islam ia dianggap satu nikmat dijadikan oleh Allah SWT untuk semua bangsa dalam dunia ini," katanya.
Sedangkan kata beliau Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa. - mj_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan