Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR - Selangor dan agensi di bawahnya menjadi negeri pertama yang prihatin dan menghulurkan sumbangan terhadap rakyat Islam di Palestin.
Menurut Jurucakap Muslim Care, Mohammad Zakaria, Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengadakan beberapa program bersama Muslim Care.
Program yang telah diadakan dalam bulan Ramadan lalu berjaya mengumpul dana bagi disalurkan kepada pelarian Palestin yang kini semakin terhimpit dengan kekejaman tentera Israel.
Beliau melihat, sumbangan yang diberikan kerajaan Selangor itu sebagai satu langkah berani dan perlu dicontohi kerajaan Malaysia dalam membela nasib umat Islam di dunia ini.
"Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mengambil inisiatif bagi mengambil pelarian Palestin untuk dipindahkan ke Malaysia sementara negara tersebut masih bergolak, ini satu tanggungjawab yang perlu kerana Malaysia anggota OIC dan pernah menjadi pengerusi persidangan itu," katanya ketika ditemui dalam Sidang media di Masjid As-Syakirin semalam.
Bantuan yang dihulurkan beberapa NGO dan agensi di bawah kerajaan Selangor dimajukan Muslim Care kepada Yayasan Al-Quds sebagai badan yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan di Palestin, katanya. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan