Rabu, 26 November 2008

BPR mula siasat aduan politik wang di Kelantan

BERNAMA


KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan mula menyiasat laporan mengenai politik wang yang didakwa berlaku pada pemilihan Umno barubaru ini, sejajar dengan kerjasama yang dijalin dengan Umno pusat.

"Kita menerima beberapa kes berhubung politik wang dalam pemilihan Umno Kelantan, sekarang sedang disiasat,"kata Pengarah BPR Kelantan Mohd Jaafar Hussen ketika ditemui pada penutupan Seminar Pemantapan Integriti Polis Diraja Malaysia peringkat zon timur di sini hari ini.

Beliau berkata keskes terbabit disiasat mengikut kategori yang ditetapkan berdasarkan kepada maklumat yang diterima.

"Ada cakap-cakap sahaja tetapi kita tidak boleh lakukan (siasatan) berdasarkan kepada cakap-cakap," katanya.

Umno telah meminta kerjasama BPR menyiasat laporan politik wang dalam pemilihan parti itu dalam usaha menangani gejala rasuah dalam Umno.

Tiada ulasan: