Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR - Walaupun dari segi teknikal, pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat gagal pada 16 September lalu, namun usaha ke arah pembentukan masih giat berjalan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Salehuddin Hashim berkata, usaha itu berjalan di peringkat parti dan Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.
"Usaha itu sebenarnya berjalan selepas sahaja pakatan menang di liam buah negeri pada 8 Mac lalu, dan is berterusan kerana melihat kepada sokongan dan harapan rakyat yang begitu tinggi akan pembentukan kerajaan baru," ujarnya ketika mengadakan sidang media di Pejabat KeADILan 25 November lalu.
Menurut Salehuddin, usaha itu dijalankan secara sulit dan tidak boleh didedahkan kerana atasa dasar keselamatan dan memastikan keberkesanannya.
KeADILan melihat, usaha itu perlu diteruskan kerana pada 16 September lalu, sebenarnya rakyat menunggu dengan penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru, ujarnya.
Ia boleh dilihat dengan kerajaan yang sedia ada terpaksa menghalang usaha itu dengan pelbagai provokasi dihidangkan semata-mata bagi menghalang usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru, ujarnya.
"Hasil dari pemerhatian kita terhadap mood rakyat, kita dapati memang rakyat menunggu penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru menggantikan kerajaan yang korup hari ini," katanya.
Beliau juga menjangkakan isu pembentukan kerajaan baru yang diusahakan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menjadi isu hangat pada Kongres KeADILan pada 28 hingga 30 November ini._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan