Khamis, 20 November 2008

Minyak bakal susut AS$43 setong

UTUSANONLINE


KUALA LUMPUR - Harga minyak mentah dijangka terus jatuh ke paras AS$43 (RM154.80) atau AS$44 (RM158.40) setong sebelum memantul semula selari dengan prestasi ekonomi pada tahun hadapan.

''Kami percaya harga akan merosot sehingga terbukti Amerika Syarikat (AS) berada di landasan betul untuk mengakhiri kemelesetannya,'' kata CFC Seymour Securities di Hong Kong dalam laporan yang dipetik oleh agensi berita AFP.

Di New York, harga minyak telah diniagakan di paras terendah 22 bulan apabila komoditi itu jatuh AS$0.38 ke paras AS$53.30 setong berikutan kebimbangan bahawa pasaran akan jatuh lagi kerana berkurangnya permintaan.

Pusat Pengajian Tenaga Global (CGES) di London mengunjurkan permintaan minyak dunia akan menyusut untuk pertama kali dalam tempoh 25 tahun berikutan sentimen pasaran.

Katanya, harga minyak akan terus menjunam walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.5 juta tong sehari pada bulan lalu.

Tiada ulasan: