Metro, Utusan
SHAH ALAM: Pasangan pelakon, Norman Hakim, 32 tahun dan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20 tahun, bakal berdepan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan selepas ditahan berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jumaat lalu.
Kedua-duanya dijangka dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah dalam tempoh sebulan selepas tarikh tangkapan tetapi tidak dapat dipastikan di mahkamah mana ia berlangsung.
Sumber Jais yang enggan dikenali, berkata mana-mana pasangan yang disabitkan terbabit dalam khalwat boleh didenda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan.
'Berdasarkan hukuman untuk kesalahan khalwat, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
'Hukuman berkenaan pula terpulang kepada hakim dan tidak semestinya jika ia kesalahan pertama maka hanya denda saja dikenakan,' katanya kelmarin.
Sementara itu, isteri Norman, pelakon popular, Abby Abadi, semalam gagal memfailkan perceraian ke atas suaminya kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.
Abby yang hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Kelang berkata, beliau akan berusaha menghubungi Norman untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan