Khamis, 11 September 2008

Teras gesa pemimpin BN kembali kepada prinsip Islam
Mohd Azmi Abdul Hamid
(Kenyataan Media Teras)


Pertembungan dan percakaran antara pemimpin-pemimpin BN dalam suasana poltik sempit berasaskan sentimen dan kepentingan peribadi tidak akan mampu menyelesaikan masalah untuk membendung konflik antara kaum dalam negara

Setiap pemimpin BN yang sarat dengan amalan politik berkepentingan kaum secara chauvinis akan akhirnya menemui jalan buntu.

Malah dengan ketiadaan niat yang lebih murni dan tinggi serta dasar yang merentas kepentingan kaum untuk mengujudkan masyarakat yang adil, beradab dan saling menghormati antara satu sama lain sudah tentu akan menyebabkan keharmonian antara kaum dan agama akan menjadi mangsa kepada sentimen sempit pemimpin-pemimpin yang tiada diikat dengan nilai yang lebih murni..

Teras mengamati kecaluruan dan suasana saling menekan dan menuntut antara satu komponen dengan komponan yang lain dalam BN kini membayangkan bahawa segala prnsip perkongsian yang didakwa selama ini sebagai asas penubuhan BN akhirnya semakin tidak mampu bertahan.

Dengan yang demikian perkara yang paling wajar diberi fokus kini ialah bagaimana prinsip dan konsep keharmonian yang di tunjukkan oleh Islam dapat mengganti landasan liberal-sekular yang diamalkan selama ini oleh BN.

Bagi orang Melayu, hanya peterjemahan Islam dalam realiti kehidupan sepenuhnya sahaja yang akan dapat mengundang penghormatan dari orang lain. Jika pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN hanya sekadar melaungkan hak dan keistimewaan bumiputera dan saling memberi reaksi bila menghadapi kritikan antara pemimpin Melayu dengan bukan Melayu , Teras percaya penyelesaian dan keharmonian sejati tidak akan tercapai.

Dengan ada kerapuhan nilai dan falsafah yang lebih tinggi dan hanya bergantung kepada perkongsian kuasa politik semata-mata , BN lambat laung akan berdepan dengan keadaan dimana setiap komponen yang mewakili kaum masing-masing akan berseliseh.

Inilah yang terjadi dalam isu kenyataan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera kini. Apa yang Teras perhatikan kini bukan soal mencari prinsip kebenaran yang sepatutnya menjadi fokus tetapi ialah isu saling menuntut dan saling mencabar kekuatan antara satu sama lain.

Pada hakikatnya suara-suara senyap yang sedia menunggu masa untuk diungkap secara langtang oleh pemimpin-pemimpin dalam BN memangnya telah ujud. Ia hanya menunggu kesempatan dan detik untuk meledak.

Bagi Teras puncanya bukan kerana kenyataan Ahmad Ismail semata-mata tetapi adalah dari suatu kesan dari retetan isu-isu yang diledakkan sepanjang bebebarapa tahun kebelakangan ini. Isu mencabar kuasa Raja , isu bahasa ibubunda, isu tuntutan Hindraf, isu IFC, isu Perkara 11 dan 121 Perlembagaan Persekutuan, isu pengagihan dan persempadanan PR serta calon-calon, isu DEB, isu royalti minyak, isu layanan kepada Sabah dan Sarawak, isu ekonomi Negara, isu kenaikan kos sara hidup, isu ketelusan dalam pembidaan projek-projek kerajaan, isu penagihan jawatan, isu ketelusan dan intergriti polis dan kehakiman, isu rasuah dan salahguna kuasa serta politik wang, isu akauntabiliti BPR dan isu ISA .

Jika digabungkan seluruh isu-isu ini suhu pertelingkahan dan saling menuding akan berpotensi untuk meningkat dan akhirnya meletup sememangnya sentiasa ada.

Oleh itu Teras berkeyakinan hanya dengan pendekatan semua kepimpinan Negara menginsafi bahawa segala formula lain daripada prinsip dan dasar Islam tidak akan bertahan , yang akan menyelamatkan Negara dari kehancuran.Suara lantang orang Melayu tidak akan bermakna jika mereka tidak terlebih dahulu menunjukan penghayatan yang total terhadap Islam..

Ketika pemimpin-pemimpin Melayu masih memperlihatkan akhlaq, watak, perangai dan budaya hidup yang bercanggah dengan Islam , Teras yakin teguran dan kenyataan-kenayataan pemimpin-pemimpin Melayu akan dipandang sepi malah tidak dipedulikan oleh masyarakat bukan Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras

Tiada ulasan: